![]() |
Memaksimakan ruangan kecil mengikut keselesaan |
Merekabentuk rumah kecil bukanlah suatu perkara yang mudah, anda perlu memaksimumkan tanah yang sedia ada, disamping perlu kreativ di dalam susun atur sesebuah ruang supaya kelihatan selesa. Beberapa tips dibawah ini boleh digunakan bagi mewujudkan satu ruang di dalam rekabentuk rumah supaya ia kelihatan lebih luas.
Struktur bumbung tinggi
Jika terdapat suatu ruang yang kecil atau terbatas, maka bumbung tersebut perlulah dibina lebih tinggi supaya ianya dapat memberi kesan ruang yang lebih lega dengan adanya ruang yang cukup di atas.
Mengurangkan dinding penghalang
Penggunaan dinding penghalang yang terlalu banyak boleh membuatkan sesuatu ruang lebih sempit / kelihatan lebih sempit. Oleh itu, pengurangan penggunaan dinding penghalang akan menjadikan sesuatu ruang itu lebih luas. Sebagai contoh, tips berikut boleh digunakan antara ruang makan dengan dapur. Kebanyakan ruang makan dan dapur biasanya dipisahkan dengan dinding. Untuk menjadikannya kelihatan lebih luas, gantikan dinding dengan elemen lain seperti tiang dekoratif atau merobohkan dinding tersebut.
Pencahayaan
Ruangan yang terang adalah salah satu cara supaya ruangan lebih kelihatan luas. Oleh sebab itu, rekabentuk ruangan rumah, mestilah mempunyai pencahayaan yang cukup terang nya.
Warna cerah
Cat rumah, warna tanah/landscape atau furniture sebaiknya menggunakan warna-warna yang terang. Sebagai contoh, penggunaan cat putih putih pada dinding adalah salah satu pilihan yang terbaik untuk ruangan yang sempit. Atau jika ingin menggunakan wallpaper pada dinding, pilihlah wallpaper dengan motif kecil.
Jendela besar
Penggunaan jendela besar boleh menyebabkan pandangan anda lebih luas. Dengan adanya jendela berukuran besar pada bahagian hadapan rumah, ianya dapat mempengaruhi penghuninya melihat persekitaran yang luas dengan mudah di luar rumah seperti taman atau jalan. Hal ini akan memberi kesan luas.
Cermin
Penggunaan cermin juga, biasanya sering digunakan untuk memberi kesan luas pada sesuatu ruang. Dengan adanya cermin, anda seolah-olah memiliki ruangan yang dua kali lebih besar karena pantulannya.
Pilih Furniture dengan Tepat
Memilih furniture seperti kerusi, meja atau rak haruslah disesuaikan dengan reka bentuk rumah. Pilihlah furniture yang ringkas dan dalam ukuran yang kecil. Selain itu pilihlah furniture dengan warna yang menyerupai warna cat dinding rumah anda. Warna yang sama dengan cat dinding akan membantu memberi kesan lebih luas.
Ruangan pelbagai fungsi
Jadikan sesebuah ruang untuk kegunaan pelbagai fungsi. Sebagai contoh, ruang tamu juga berfungsi menjadi ruang keluarga. Hal ini akan membuatkan ruangan didalam rumah kelihatan lebih besar jika dilakukan penggabungan beberapa ruang sekaligus.
Manfaatkan Ruang Kosong
Memanfaatkan setiap ruang dalam rumah anda yang masih kosong. Sebagai contoh di bawah tangga, biasanya di biarkan kosong. Anda boleh menjadikan ia sebagai store atau meletakkan pelbagai barangan seperti hiasan dan sebagainya di bawah tangga tersebut.
No comments:
Post a Comment