Monday, 12 May 2014


SEKADAR PERKONGSIAN:

Tahukah anda, bahawasanya ramai pembeli rumah yang tertipu dengan kualiti rumah yang mereka beli dengan pemaju rumah.

Antara punca masalah ini, ialah:

i) Pemaju tidak berpengalaman.
ii) Harga yang `MURAH' menyebabkan kualiti binaan dan bahan binaan yang teruk.
iii) Pemaju/ kontraktor yang mahu untung " CEPAT".

Gambar di bawah adalah catatan pengalaman kami sebagai seorang pemain industri hartanah di Malaysia.

Sekiranya anda belajar sesuatu dari perkongsian ini, say 'i'.

- Dari Meja Pengarah Urusan DFA Home Builder Sdn Bhd, Mohd Faris Datuk Hj Sheikh Dusuki.

Wednesday, 12 February 2014

Tips Merekabentuk Sebuah Rumah Kecil Supaya Ianya Kelihatan Lebih Luas

Memaksimakan ruangan kecil mengikut keselesaan

Merekabentuk rumah kecil bukanlah suatu perkara yang mudah, anda perlu memaksimumkan tanah yang sedia ada, disamping perlu kreativ di dalam susun atur sesebuah ruang supaya kelihatan selesa. Beberapa tips dibawah ini boleh digunakan bagi mewujudkan satu ruang di dalam rekabentuk rumah supaya ia kelihatan lebih luas.

Struktur bumbung tinggi

Jika terdapat suatu ruang yang kecil atau terbatas, maka bumbung tersebut perlulah dibina lebih tinggi supaya ianya dapat memberi kesan ruang yang lebih lega dengan adanya ruang yang cukup di atas.

Mengurangkan dinding penghalang

Penggunaan dinding penghalang yang terlalu banyak boleh membuatkan sesuatu ruang lebih sempit / kelihatan lebih sempit. Oleh itu, pengurangan penggunaan dinding penghalang akan menjadikan sesuatu ruang itu lebih luas. Sebagai contoh, tips berikut boleh digunakan antara ruang makan dengan dapur. Kebanyakan ruang makan dan dapur biasanya dipisahkan dengan dinding. Untuk menjadikannya kelihatan lebih luas, gantikan dinding dengan elemen lain seperti tiang dekoratif atau merobohkan dinding tersebut.

Pencahayaan

Ruangan yang terang adalah salah satu cara supaya ruangan lebih kelihatan luas. Oleh sebab itu, rekabentuk ruangan rumah, mestilah mempunyai pencahayaan yang cukup terang nya.


Warna cerah

Cat rumah, warna tanah/landscape atau furniture sebaiknya menggunakan warna-warna yang terang. Sebagai contoh, penggunaan cat putih putih pada dinding adalah salah satu pilihan yang terbaik untuk ruangan yang sempit. Atau jika ingin menggunakan wallpaper pada dinding, pilihlah wallpaper dengan motif kecil.


Jendela besar

Penggunaan jendela besar boleh menyebabkan pandangan anda lebih luas. Dengan adanya jendela berukuran besar pada bahagian hadapan rumah, ianya dapat mempengaruhi penghuninya melihat persekitaran yang luas dengan mudah di luar rumah seperti taman atau jalan. Hal ini akan memberi kesan luas.

Cermin

Penggunaan cermin juga, biasanya sering digunakan untuk memberi kesan luas pada sesuatu ruang. Dengan adanya cermin, anda seolah-olah memiliki ruangan yang dua kali lebih besar karena pantulannya.


Pilih Furniture dengan Tepat

Memilih furniture seperti kerusi, meja atau rak haruslah disesuaikan dengan reka bentuk rumah. Pilihlah furniture yang ringkas dan dalam ukuran yang kecil. Selain itu pilihlah furniture dengan warna yang menyerupai warna cat dinding rumah anda. Warna yang sama dengan cat dinding akan membantu memberi kesan lebih luas.

Ruangan pelbagai fungsi

Jadikan sesebuah ruang untuk kegunaan pelbagai fungsi. Sebagai contoh, ruang tamu juga berfungsi menjadi ruang keluarga. Hal ini akan membuatkan ruangan didalam rumah kelihatan lebih besar jika dilakukan penggabungan beberapa ruang sekaligus.

Manfaatkan Ruang Kosong

Memanfaatkan setiap ruang dalam rumah anda yang masih kosong. Sebagai contoh di bawah tangga, biasanya di biarkan kosong. Anda boleh menjadikan ia sebagai store atau meletakkan pelbagai barangan seperti hiasan dan sebagainya di bawah tangga tersebut.

Semi-D Dua Tingkat 2314 Kps

4 unit rumah berkembar, dimana 2 buah rumah sudah pun dijual (mempunyai pembeli), dan baki 2 unit lagi adalah dalam status pembinaan.

Rumah 1 : 80 % siap.
Tinggal proses mengecat, kemasan dalaman, pemasangan tingkap, pintu bilik air, pintu utama dan point-point elektrik sahaja sebelum kami mendapat SKD (Sijil Layak Duduk)

Harga tawaran 2013 (sah sehingga 31 Disember 2013) ialah RM430,000.

Harga Jualan 2014 ialah RM 450,000.00

Rumah 2 : 40% siap
Masih dalam pembinaan (kerja yang sudah disiapakan : Ground beam, brick wall (ikat bata dinding)

Maklumat Projek

Lokasi Taman Nor Mansor, Telipot

Kemudahan berhampiran :

3 Minit Ke Istana Telipot
3 Minit Ke Pejabat Imigresen (telipot)
3 Minit ke Masjid Telipot
7 Minit ke Pejabat SUK Kelantan
7 Minit Ke Pejabat JKR
5 Minit Ke Sek Men Keb Sultan Ismail
5 Minit Sultan Ismail College (SIC)
7 Minit Ke Sek Men Zainab 1
7 Minit Ke Sek Rendah Zainab 1&2
7 Minit Ke Pasaraya Billion
7 Minit Ke Hotel Renaisance
7 Minit Ke Pejabat Pelajaran Daerah Kota Bharu
7 Minit Ke Pejabat MSN 
10 Minit ke KBMall
12 Minit Ke KBMC
15 Minit Ke Pusat Bandar Kota Bharu
20 Minit Ke HUSM

Keluasan Tanah : 3200 Kps
Keluasan Rumah : 2314 Kps
(4 bilik tidur + 3 bilik air)

Struktur : Konkrit Bertetulang
Struktur Bumbung : Kayu Berubat Kelas A
Batu - Bata : Bata Merah
Siling : Siling Kapur Sepenuh Ruang
Siling Asbestos (Bilik Air/ Tandas)
Tingkap : Bingkai Aluminium
Cermin Gelap
Pintu : Kayu Mumbung Malaysia
Frame Pintu : Aluminium
Kemasan Dinding : Lepaan Simen
Jubin Seramik Tinggi
Jubin Seramik 7' (Bilik Air/ Tandas)
Kemasan Lantai :Jubin Seramik (Ruang Dalaman)
Heavy Duty Tile (Porch/ Parkir)

Pemasangan Kebersihan 

Tandas Duduk : 3 Unit
Sinki : 1 Unit
Paip Air : 6 unit
Pancuran Mandi : 3 unit
Tangki Air : Tangki Polytank 200 Gelen

Pemasangan Elektrik : 3 Phase/ 1 Phase
Punca Kuasa (Mengikut Pelan
Yang Diluluskan)
Pagar

Pintu Pagar Utama : Pagar batu 12' lebar jenis gelangsar(penjimatan Ruang parkir).

Pagar : Pagar Batu


HARGA TAWARAN : RM 430,000.00

Banglo Satu Tingkat 2190 Kps

Keluasan Rumah : 2190 Kps
(4 bilik tidur + 3 bilik air)
Struktur : Konkrit Bertetulang
Struktur Bumbung : Kekuda Besi/ 
kekuda Kayu
Batu - Bata : Bata press
Siling : Siling Kapur Sepenuh Ruang
Siling Asbestos (Bilik Air/ Tandas)
*Siling Bio Ray Multiple Board
untuk master bed room (Bilik Lebih Sejuk)
Tingkap : Bingkai Aluminium
Cermin Gelap
Pintu : Kayu Mumbung Malaysia
Pintu Kayu
Kemasan Dinding : Lepaan Simen
Jubin Seramik Tinggi
Jubin Seramik 5' (Bilik Air/ Tandas)
Kemasan Lantai :Jubin Seramik (Ruang Dalaman)
Heavy Duty Tile (Porch/ Parkir)

Pemasangan Kebersihan

Tandas Duduk : 3 Unit
Sinki : 1 Unit
Paip Air : 6 unit
Pancuran Mandi : 3 unit
Tangki Air : Tangki Polytank 200 Gelen

Pemasangan Elektrik : 3 Phase/ 1 Phase
Punca Kuasa (Mengikut Pelan
Yang Diluluskan)

* Sebarang perubahan pada spesifikasi atau kerja-kerja tambahan boleh dirundingkan tetapi tertakluk kepada terma dan syarat.

HARGA CADANGAN : Harga Bermula Dari Serendah RM 262,000.
(Mengikut Lokasi)

* Untuk Makluman, Harga Di Atas Adalah Harga Untuk Binaan Rumah Sahaja Tidak Termasuk Tanah.

Semi-D Satu Tingkat 1544 Kps

Keluasan Rumah : 1544 Kps
(4 bilik tidur + 3 bilik air)

Struktur : Konkrit Bertetulang
Struktur bumbung : Kekuda Kayu/ Kekuda Besi 
Batu - Bata : Bata press
Siling : Siling Kapur Sepenuh Ruang
Siling Asbestos (Bilik Air/ Tandas)
*Siling Bio Ray Multiple Board
untuk master bed room (bilik lebih sejuk)
Tingkap : Bingkai Aluminium
Cermin Gelap
Pintu : Kayu Mumbung Malaysia
Pintu Kayu
Kemasan Dinding : Lepaan Simen
Jubin Seramik Tinggi
Jubin Seramik 5' (Bilik Air/ Tandas)
Kemasan Lantai :Jubin Seramik (Ruang Dalaman)
Heavy Duty Tile (Porch/ Parkir)


Pemasangan Kebersihan 

Tandas Duduk : 3 Unit
Sinki : 1 Unit
Paip Air : 6 unit
Pancuran Mandi : 3 unit
Tangki Air : Tangki Polytank 200 Gelen


Pemasangan Elektrik : 3 Phase/ 1 Phase
Punca Kuasa (Mengikut Pelan
Yang Diluluskan)

* Sebarang perubahan pada spesifikasi atau kerja-kerja tambahan boleh dirundingkan tetapi tertakluk kepada terma dan syarat.

HARGA CADANGAN : Bermula Dari Serendah RM 185,000.00

*Untuk Makluman, Harga Diatas Adalah Harga Binaan Rumah Tidak Termasuk Tanah.

Info Rumah Perabung Lima

Hari ini kami ingin berkonsi satu artikel. Ianya berkenaan dengan rumah perabung lima.

Contoh rumah perabung lima yang begitu popular di Kelantan.

Rumah perabung lima 
merupakan salah satu rumah yang sering terdapat pada rumah Melayu, iaitu seni binaan orang-orang Melayu. Binaan Rumah perabung lima merupakan bentuk binaan awal yang banyak terdapat di Kelantan. Rumah tersebut juga besar saiznya dan biasanya dibina dengan kawasan berlaman. Keistimewaan reka bentuk rumah tersebut kerana ia lebih etnik dan ringkas

Rumah perabung lima tidak memiliki tebar layar. Selain itu bahagian dapur juga dibina berasingan daripada rumah ibu bagi memberikan ruang yang lebih luas. Binaan rumah ini memiliki persamaan dengan gaya rumah orang Belanda, tetapi rumah perabung lima Melayu memiliki bumbung yang lebih tinggi.

Ruangan Dalaman Bilik Tidur

Haa.. Ini pula contoh cadangan rekabentuk dalaman bagi ruangan bilik tidur. Seperti yang sedia maklum, bilik tidur merupakan ruang istirehat bagi pemilik setelah penat melakukan aktiviti harian. Oleh itu situasi nyaman, segar, tenang dan selesa harus ada di dalam bilik tidur.

Bilik tidur yang dikongsi tampak luas dengan cara susunan yang tepat.

Gabungan warna coklat dan putih digunakan untuk menghasilkan mood tenang dan selesa.